expired

hye assalamualaikum. ari ni topik aku agak panas sikit. aku nk ckp ni jew. mula2  aku mmg terkejot bila tgk bedak pon ada expired date. tp tp skang ni aku tak terkejot lg. kenyataannya setiap benda kat muka bumi ni semua nye ada expired. makanan pon ada expired. suami pon boleh expired.y paling cepat expired lagi adalah kawan. senang je kawan tu nk expired. kadang2 tak ikot tempoh pon. bila die nk expired. die expired la. aku harap korg faham ape y aku sampaikan ni. y hanya tak expired kat muka bumi ni adalah family. harap korg fikirlah sedalam dalamnya.ape itu "expired".

sunyi.......

hye.. kenpa ea hari ni sy tak boleh tiido.?? sekarang ni sy tdo mcm terkejot2 la.. kjp2 bgun. hmmmm. bila dh bgun tu tak taw nk  buat ape. sunyi sgt. seandainya ada teman berbicara kn seronok. hmmmmmmmmmm. sunyii nye hidup tanpa teman bicara, 19/12/12. 0400 am.


aku manusia biasa

Ya Allah. aku sebagai hambamu dimuka bumi ini. aku terasa banyak sgt dosa y telah aku lakukan. aku memohon pintu taubat dan hidayah dariMu YA Allah. bukalanlah hatiku seluas2 nya utk menerima taubatmu YA ALLAH. YA ALLAH, aku mohon padamu agar mempercepatkan jodohku. aku mahu suamiku membimbingku ke arah jannahMu. YA Allah,, YA ALLAH,, YA ALLAH. segala kebesaran hanya padamu ya ALLAH. THE MIRACLE OF ALLAH. WHO KNOWS. NO ONE KNOWS. AMIN AMIN AMIN YA ALLAH.

betul ke kembar dato siti dan nora danish ??

hari ni nak perasan kejap. nak jd nora danish dan dato siti. kekeke. :p








adakah kesemua gmbr diatas merupakan kembar kpd artis y dinyatakan???
bhahaha!!!
*sebenarnya hari ni kelas cancel so tk taw nk buat ape. 
ape lg jd model la kejap dlm bilik. hahaha
jgn tertipu
ini hanyalah gurauan semata2.
:))



sakit hati.

aku tak kesah la org nk ckp apa. hari ni aku sakit hati gila!!!!!!!!!!! eee!!! tp aku anggap saja ada hikmahnya.

kawan kawan

assalamualaikum.. pertama sekali nk gelak. bhahahaha! aku paling kelaka bila dengr member aku ckp mcm ni "habes la zam " "zam kau nk campak mana" "pooja kau dah ada zam " kekeke. sebenarnya takda ape pon. zam sentiasa di hati. kwn2 pulak y risau. bhahaha. tak adanya aku nk scandal2. trust me, okayy.




"my boyfriend" 
is
"my scandal"

sayangku pulang malaysia !!

hye you all. assalamualaikum. dah lama jugak ana tak hupdate blog ana ni. nak kata bz tak bz sgt la.. malas kot. kikiki. hari ni tiba2 mood rajin datang pulak nak hupdate cerita pasal buah hati ana balik mesia hari tu. ee !! seronok sgt taw. weeiikk !! ana nk cite ni.. buah hati ana balik pon sbb die kne jd perwakilan untuk kelab umno luar negara. kan hari tu perhimpunan agung umno dari 27nov hingga 1 dis di pwtc. buah hati ana blaik pon sebab die presdiden kelab umno jordan tu y die terpaksa blik tu. hahaha. tp kan. nasib baek la ana tgh cuti sem masa tu so dpt lah jumpa dgn dia. and nasib baek jugak pwtc tu dekat dgn rumah ana so takdalah jauh sgt buah hati ana nk dtg rumah. huhuhu. ce bayangkan,, boypreng ana tu dah la org penang so susah nak jumpa kan. haaa.. jadi die kena duduk kat pwtc selama seminggu so dpt la jumpa.. yuhuuuu !! seronok sgt. tp ana kesian dekat buah hati ana. yew lah.. persidangan tu bkn kejap lama jgak la.. dari pg sampai lah mlm so ana hanya dpt jumpa buah hati ana mlm je. tp tak pew lah janji jumpa dapat jugak lepaskan rindu. setahun tak jumpa babe !!! boleh jadi gila. hahaha, :P lagi satu ana hepy.. sebab selama 4 tahun beday ana.. ana tak pernah sambut dgn dia. haaa.. tahun ni 1st time la beday ana die ada kay mesia. tp kiteorg tak sambut pon.. buah hati ana terlalulah amat bz. kadang2 tu kalau drive kereta kesian pulak tgk dia. ana taw die tahan mengantuk tp ana buat donno je. ekkeke. padan muka awak sygg !! yang penting sya dapat jumpa awak.. bkn senang taw nak jumpa awak !! eh !! asyik bercerita jew.. bohsan pulak kn. jom kite selongkar cerita kat bawah ni pulak.. mesti you aall tak borink sbb kat bawah ni cerita macam kamus bergambar. hahaha....jeng jeng jeng...








eee !!
sape ni??
saya tak kenal la.. hahaha.
sy agak pelik jugak la..
biasanya bila zam balik mesia die kurus
tp kalainya die mcm ni pulak.
bahahah!!
*rasanya gambar ni die dekat aiport kot.



yeayyy !!! 
inilah buah hati ana, yang amat berhormat 
tan sri muhammad zamzammil mohamed zain.
hensem kan buah hati ana??
kan kan kan kan kan kan
jawp la "ye"!!
:)




huhuhu..
ini pulak hensem boy
penagrang jantung hati
bahaha..
loser seyh ayat aku.
haaaa..
masa mlm 3o nov tu kiteorg pon
keluarga la pergi uptown sbb buah hati ana ckp die nak beli barang. ana pon bpelik jugak la "eh,banyak nye duit mamat ni nak beli barang" rupa2 nya si dia dpt duit drp seorg datuk,datuk mana ntah. hahaha. patotlah mewah semacam jew mamat ni. haiya.. dlm perjalan tu mamat ni ckp esok "bersamaan" 1 dis die nk ajak date tp tgh hari la sbb die ckp die nk balik penang kan. okayy fine. happy nya !! disebalik kata itu terisrat seribu kesakitan di dalam hati tp buat2 tak sakit je. hahaha. bialah ana paham dgn condition die. kekeke
siang tu ana takda lah tgu dia sgt and berhrap agar die dtg. rupa2nya mmg betol pon ape y anda sangka kan. die text message ckp dkt ana nk jumpa ptg alih2. ana tgu jugak msg die. tapi tak sampai2 pon. ana pon buat la bodoh je. lepas tu ana tido la. bila ana bgun ana tgk mak n kakak ana tgk perhimpunan agung tu kat tv. ana pon join la sbb rindu kn. tgk org2 umno teringat la dekat buah hati y sorg ni. tgk punya tgk tiba2 Pm kite berucap tentang pelajar2 luar negara y diwakili oleh tu laa kelab umno luar negara. tiba2 kameraman fokus dekat muka sorg mamat ni. ya Allah si gemok rupanya. hahaha. punya la aku terkejot. hahaha. tp tulah.. tak dpt jumpa pon takpe janji sy jumpa awk kat dlm tb pon dah cukup. "pasrah". huhuhu. SARNGHAE ! <3



yeaaaayy !!!
ini ana sgt suka..
inilah kek pertama kali ana pernah dpt dari buah hati
ana yang paling ana sayang.
masa syggku bg kek ni ana nampak la muka die malu2.
hahaha.
die ckp mcm ni
"sygg zam da beli kek utk awk"
surprisedddd !!!
"zam beli kat pwtc je nak beli kat lain tak sempat"

ana pon terkejot jugak sebenarnya. 
hahaha.
dlm hati ana ckp
"takpew la sygg janji awk dah bg sy rasa sy berharga"
jiwang la pulak !!
hahaha.
ape jd lepastu..
hanya ana dgn die je y tahu 
kekekeke.
:p



ini adalah malam terakhir kami berjumpa.
malam y penuh kesedihan
hanya ditemani cahaya klcc

:(

i love you sygg
saranghae.

i miss you 
a lot of love

"muhammad zamzammil"
wlaupun awk tak sekacak lelaki lain
tapi bila sy dh jatuh cinta tu
sy pon tak taw sy tgk ape kat awk.
:)





tertanya tanya

hishhhh !!! klu betul dia suka aku mesti dia ckp. tp nie.. mcm die men tarik2 tali jew.. tp tak pew laa aku just anggap die buat sbg kwn jew dan tak nak tgk aku sakit hati.. yew laaa.. aku pon dh lme tak lyn dia dan kwn2 die.. aku asyik buat muka taik jew.. hahaha.. tp tulaa aku dah agk die tgk2 msti sbb die nk tgk aku senyum.. tp aku jln begitu sje buat muka taik.. hahaha. last word.. aku assume die tak nk skit kn hati aku jew,, hahaha. bye ! *mustahil klu dia suke aku.. die tak lyk utk aku.. sbb aku perasan. bhahaha!! 

tp die ttp ego......

klu aku tak senyum aku senyum kat sini.. sbb aku sakit hati. 



1.10.12

seandainya die taw perasaan aku saat ini. 

remaja dan istikharah


Istikharah. Popular di alam para muslim dan muslimah kala bercinta. Yang menggeletek jiwa saya pula adalah, istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan, istikharah ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ mana yang patut menjadi pasangan kita. Tetapi istikharah ini adalah apa yang dididik oleh Rasulullah SAW kepada kita, dalam hendak membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila ‘sesetengah pihak’ mula menganggap ianya ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya ‘tepat 100%’, maka mulalah istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Bukan lagi yang membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan kalbu kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Di lembaran ini saya berkongsi.
Istikharah, Bila Menjadi Satu Fitnah.
Fitnah. Bukanlah ‘cakap benda tidak betul fasal fulan bin fulan atau fulanah binti fulan’. Bukan. Tetapi interprestasi fitnah yang sebenar adalah ujian yang menduga kepercayaan.
Di dalam situasi pergerakan ke arah rumahtangga ini, istikharah juga boleh menjadi satu fitnah.
Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
1 – Fulan bin Fulan telah bertunang dengan fulanah binti fulan, kemudian fulan bin fulan ini pergi beristikharah lagi selepas telah bertunang, tiba-tiba dia ‘nampak’ perempuan lain dalam mimpinya. Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudiannya dia hendak memutuskan pertunangannya dengan fulanah binti fulan, kerana dirasakan bahawa Allah telah tunjukkan bahawa pertunangannya itu satu kesilapan.
2 – Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Tetapi Fulanah binti Fulan menolak, namun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut bahawa Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya. Membuatkan Fulanah binti Fulan serba salah untuk menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
3 – Fulanah binti Fulan, beristikharah, dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Tetapi Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidaklah pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain, melamarnya. Fulanah binti Fulan ini ‘hold’ dahulu untuk menerima Fulan bin Fulan yang kedua, semata-mata kerana merasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’. Walaupun dia sedar, dia tak mampu mencapai, mendekati, mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabut bukan? Hati jadi keliru, jiwa jadi serabut, kalbu rasa kontang.
Bukankah sepatutnya istikharah itu meyakinkan?
Jadi, mengapa boleh begini?

Istikharah, Dan Istisyarah.
Istisyarah. Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain(Ibu Bapa contohnya), mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita berhadapan dengannya. Dalam konteks kita sekarang, situasi hendak memilih pasangan.
Ramai meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa Istikharah menjadi satu perkara yang kemudiannya menyerabutkan jiwa. Kerana akhirnya kita menganggap Istikharah itu MEMANG ‘alat pencari jodoh’. Kemudian, dari celah mana, kita yakin bahawa istikharah itu akan datang dalam bentu mimpi dan tanda-tanda ajaib(nampak wajah seseorang di langit, contohnya).
Di celah-celah kepercayaan seperti inilah, syaitan menyusup dan menyuntik ‘was-was’ serta keraguan dan kekeliruan.
Kerana itu, mimpi hakikatnya tidak akan boleh menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukannya dalil. Dan bukanlah sesuatu yang mesti, pada orang beristikharah, jawapannya adalah mimpi dan petanda-petanda itu.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Maka, apa pun yang kita nampak, kita ‘lihat’ apa yang kita nak. Di situ, kita keliru, dan kemudian sibuk menyatakan ‘Inilah dia petunjuk Tuhan’!
Kita lupa untuk bermesyuarat dahulu dengan keluarga. Sepatutnya, kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontranya setiap pilihan. Di situlah kita menilai dan mengimbang. Kalau dengan itu telah kita dapat nampak yang mana pilihan yang terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jika kita rasa tidak yakin, barulah istikharah. Bila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, buatlah istikharah yang kedua dan ketiga. Kemudian tetapkanlah hati, dan buatlah pilihan!
Rasulullah SAW juga, ada beberapa situasi penting, baginda tidak melakukan istikharah. Kerana baginda telah yakin, pilihan itu adalah pilihan yang tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW hendak memilih satu kawasan yang jauh dari mata air. Para sahabat pula mencadangkan agar dipilih tempat yang dekat dengan mata air. Rasulullah SAW selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem dekat dengan mata air, terus menerima cadangan sahabat itu, tanpa diriwayatkan melakukan istikharah. Kerana, cadangan itu memang relevan dan jauh lebih baik dari cadangan baginda yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan untuk menggali parit, Rasulullah SAW menerimanya tanpa beristikharah. Kerana cadangan itu memang dalam pertimbangan, adalah yang terbaik.
Hadith berkenaan Istikharah pun, tidak menunjukkan kewajipan dalam melakukannya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..” Hadith Riwayat Imam Bukhari.
Hadith ini umum. Bukannya disebutkan bahawa ‘wajib melakukan istikharah’. Ini terbukti, apabila Rasulullah SAW sendiri, dalam beberapa hal, tidak pula melakukan istikharah.
Kemudian, tidak pernah diriwayatkan apabila Rasulullah SAW telah membuat keputusan, baginda beristikharah lagi. Tidak pernah.
Justeru, sesiapa yang telah membuat keputusan, hingga telah bertunang contohnya, maka buat apa beristikharah lagi? Hiduplah dengan keputusan yang telah dilakukan itu. Berusahalah dengan apa yang telah berada di dalam tangan. Melainkan, ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, atau telah jelas kita dengan tunang kita tidak serasi, maka di situ bolehlah kita lakukan istikharah. Bukan istikharah untuk cari jodoh lain, tetapi istikharah untuk ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’. Begitu!
Dan semestinya, istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikian. Berbincanglah dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz ustazah yang kita rapati.
Daripada Rasulullah SAW sendiri kita belajar. Bukan daripada orang lain.
Rasulullah SAW, manusia yang Allah paling kasih. Tidak pula baginda meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, mempertimbangkannya. Di sini Rasulullah SAW mendidik kita. Yang kita perlukan adalah apa yang Allah telah ajarkan kita. Di situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintahNya dan ajaranNya. Bukannya kita meletakkan bulat-bulat kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru’!

Istikharah dan Saya.
Saya istikharah tiga kali.
Pertama, sebelum memberitahu abang perempuan yang saya cintai bahawa saya berhajat nak menjadikan adiknya isteri saya.
Keduanya, ketika saya berpeluang menjejakkan kaki ke tanah haram, Makkah dan Madinah. Di situ saya meminta kepada Allah SWT, agar jika perasaan yang ada di dalam jiwa saya itu hanya mainan, saya minta disisihkan. Saya minta petunjuk kepada Allah SWT, apakah pilihan saya ini benar, atau sepatutnya saya tidak membuat pilihan ini? Begitu.
Ketiganya, apabila saya mendapat panggilan daripada Sang Abang, bahawa Ibu kepada perempuan yang saya cintai ingin menghubungi saya berkenaan anaknya. Saya pantas meminta masa seminggu. Seminggu itu, saya berusaha solat istikharah saban malam, dan meminta kepada Allah SWT agar membantu saya membuat pilihan. Saya masih ingat ketika itu saya meminta:
“Ya Allah, lepas ini, kalau aku kata ‘ya’, tak ada patah balik. Maka tunjukkanlah aku. Janganlah perasaan ini main-main. Jika main-main, buanglah ia ya Allah.”
Tetapi selepas seminggu, keyakinan saya semakin menebal untuk menyatakan ‘Ya, saya ingin memperisterikan perempuan yang saya cinta’.
Maka apabila Ibu kepada perempuan yang saya cinta, menghubungi saya di Jordan, sedangkan dia di Malaysia sana, saya dengan yakin menyatakan: “Ya makcik, Hilal suka pada anak makcik. Memang benar-benar nak memperisterikan anak makcik.”
Saya masih ingat bagaimana sembang-sembang kami berlaku. Bermula dengan tanya khabar dan berbasa basi bertukar cerita, masuk kepada soalan cepu mas daripada Ibu perempuan yang saya cinta.
“Dengar kata, Hilal suka anak makcik. Benarkah?”
Saya mula rasa segan. Risau kalau Ibu kepada perempuan yang saya cinta, tidak suka dengan saya mencintai anaknya. “Makcik tak sukakah?”
“Cakaplah dulu, betul ke?”
“Ya makcik, Hilal suka pada anak makcik. Memang benar-benar nak memperisterikan anak makcik. Makcik marah ke?”
“Eh, tak adalah. Kenapa haritu masa datang rumah, tak cakap awal-awal?”
Ya. Begitulah. Selepas itu, saya tidak pernah beristikharah lagi. Kerana keputusan telah dibuat, dan Ibu kepada perempuan yang saya cinta merestui, begitu juga ayahnya. Saya memilih untuk yakin. Dan mengusahakan apa yang ada.
Perkara itu dirahsiakan kepada perempuan yang saya cintai, kerana pada ketika itu dia baru habis SPM dan baru nak memulakan pengajian di Universiti. Saya sendiri memahami keadaannya, dan meminta Si Ibu untuk merahsiakan terlebih dahulu, hingga bila saya sendiri ingin melamarnya.
Namun, apa yang menariknya dalam perjalanan cinta saya adalah, belum saya melamar, saya sudah di’reject’ oleh perempuan yang saya cinta beberapa bulan selepas sembang-sembang dengan Si Ibu.
Rupa-rupanya, Si Ibu risaukan saya, membuatkan dia bertanya kepada anaknya akan saya.
Anaknya tidak mahu bersuamikan saya.
Nah, menarik kan?
Perkara ini akan saya sambung di lembaran lain.

Penutup: Bersederhanalah.
Istikharah ini adalah untuk menjemput keyakinan dalam membuat pilihan. Tidak semestinya datang petandanya dalam bentuk mimpi dan petanda-petanda. Dan, sekiranya datang sekalipun, istikharah kita tidak boleh menjadi dalil dalam memaksa seseorang, menderitakan seseorang.
Saya bila kena reject, tidaklah pula saya menghubungi perempuan yang saya cinta, dan menceritakan dia istikharah saya. Menggugut dia dengan istikharah saya. Sebab saya jelas memahami bahawa, ada kemungkinan saya yang tidak pandai menilai sebuah istikharah. Ada kemungkinan, dia ini sekadar satu ‘checkpoint’ untuk saya sampai kepada pasangan saya yang sebenar. Begitulah saya positifkan hati saya. Bukan pergi ugut-ugut dia dengan menceritakan bahawa istikharah saya sekian dan sekian.
Sentiasalah berpijak di alam realiti. Bermesyuaratlah, berbincanglah.
Saya bila kena reject itu, Ummi Abah adalah yang saya cari.
“Ummi, Hilal kena rejectlah.”
“La, ya ke? Sabar ya.”
“Ummi bolehlah kut carikan yang lain.”
“Eh, sabar dulu. Kita bagi masa.”
Begitulah Ummi. Dan itulah dia istisyarah yang saya lakukan. Benda ini saya akan kupas lebih panjang, menceritakan hari-hari saya di’reject’. Jangan ingat saya dapat semua benda yang saya mahu. Allah, Dia sentiasa mengaturkan saya ujian demi ujian, untuk saya meningkat tahap demi tahap. Saya sentiasa yakin dengan itu.
Pokok pangkalnya, istikharah bukan ‘alat ajaib penentu jodoh dengan tepat’.
Istikharah hanyalah satu galakan, untuk kita bergantung kepada Allah, dalam membuat keputusan. Tanpa menafikan, bahawa Allah SWT dan RasulNya juga, menggalakkan bermesyuarat dan meminta pendapat manusia lain.
Pendek kata, bersederhanalah. Imbangilah dengan baik.
Jangan hingga istikharah kita menjadi fitnah!
oleh hilal asyraf, penuntut disebuah universiti yarmouk Jordan.

mna perginya nilai murni anak melayu ??


bg aku lgu ni not bad laa
masih boleh diterima
*syukur alhamdullilah jd rakyat malaysia
tp..mana perginya nilai murni dan moral 
bangsaku??
wahai bangsaku ??
aku sedih bila membaca komen
di youtube
ramai diantara mereka y mengutuk
mencaci dan menghina
bangsa mereka sendiri..
wahai bangsaku !!
SEDARLAH !!!

adakah kita diambang penjajahan semula ??

buat calon suamiku.


Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasakan
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu kamu kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu mahu mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui




:))

your love <3

masa berlalu.

assalamualaikum. hello pembaca. hari ni 19/6/12. hari y menunjukan 3 tahun aku dah bersama si gemokk muhammad zamzammil zain. mokk sy rindu awk nie cepat sungguh masa berlalu. hari ni genap 3 tahun kita berkasihan dan menyulam cinta. y banyak diuji ombak dan badai. kekeke. (geli je aku baca). HAHA. cepat kan masa berlalu sygg. pejam celik pejam celik setahun kita xjumpa. bila lagi kan awak nk balik mesia sygg. i miss you sygg. <3. selamat ulang tahun y ke 3 tahun. tolong jaga cinta kita hingga akhirat kelak taw sygg. I LOVE YOU.


mcm nie la nk jaga hubungan jarak jauh. sebenarnye ssh sgt. org jew tgk aku cooooool gila. tp hakikatnya tidak. ape y penting kepercayaan tu mesti ada. ape2 pon percaya itu penting. biasalah kalau gaduh2 sikit tu. manja2 la. MALAYSIA-JORDAN.






<3
<3
<3
MUHAMMAD ZAMZAMMIL BIN MOHAMED ZAIN
=p =p =p

nak perasan kejap.. weeeiikk !!

hye.. assalamualaikum. xtaw la.. knp iba2 mlm ni xboley ido.. nk hupdate blog.. kisah nye begini.. dalam banyak2 lelaki.. kekasih muhammad zamzammil y paling comeyl dan cute.. HAHA. *silalah muntah berdarah wahai pembaca sekalian. ngeee.. tp kenyataan tetap kenyataan. =p.. 



walaupun lahir dan menetap di KUALA LUMPUR.. tp..

hyee.. assalamualaikum.. hmm.. dh lme xhupdate blog kn. huhu. mcm malas plak nk hupdate. kekek. yew la cuti sem nie duduk rumsh jew. dah tu.. asyik keluwa rumah plak tu. kikiki. errmmm.. ari nie baru berkesempatan nk hupdate blog nie. ape y sy nk kongsikan dgn pembaca adalah.. hmm.. sy malu la nk ckp.. huhu.. errmmm.. ape ekk.. okay la.. okayy.. sy nk ckp cui sem nie 1st time kami pergi pavilion dgn kawan2.. HAHA. padahal kite nie duduk KL.. tp bukit bintang pon xslalu pergi.. KLCC pon sme.. kite nie dh mcm pelancong asing laa.. haha. "malu".. yew laa.. mcm mne nk pergi kan. bkn standard kite. highclass punye tempat. org2 bergaji besar jew boley masuk. kite nie masuk mcm ayam baru masuk bandar "malu". hhaha. lagi2 snap2 gmbr dlm klcc.. mmg sumeorg tgk laaa.. yew laa.. kami je y dok snap gmbr.. org lain sebok  sopink. grr!! kat sini sy selitkan beberapa keping gmbr y sempat kami snap. huhuhu.....















hahaha.
itulah semua gmbar jakun kiteorg
di klcc dan pavilion
"mak xampu la"
HAHA.
almaklumlah..
kite nie dokek dgn ONE UTAMA jew
xslalu la nk g kl tu.
tp berbaloi la. haha
walaupon jalan kaki jew pusing2 kl tu.
bhahahaha!!
i.allah
aku kaya nt kite jumpe lagi ea KLCC dan PAVILION.
=))
GUD NIGHT !



sarang kau si memerang busuk !!


assalamualaikum. hye kawan2. tibe2 plak rse hari nie mcm nk huodate blo. rsenye blog nie dah berhabuk sebab dh lme xhupdate. kekeke. hari nie ada kekuatan nk update sbb xboley tido. hmm. hero dh pergi berperang kn. mcm mne nk tido. tepaksa la layan mata nie sampai lelap. grr!! ape2 pon penulis nk ucapkan tahniah pada si memerang sbb impian die dah tercapai nk pegang medal bola sepak karisma utk sukan pelajar malaysia sejordan kot. huhuhu. TAHNIAH MEMERANG !! kat bawah nie ada gambar si memerang dgn pasukan bola sepak die. kekeke. 


huhuhu
ini la geng memerang
ce teka mne satu memerang??
ahahaha
nk taw mne satu memerang.
tu la memerang y pakai baju lain dr y lain
kala pon dah same dgn memerang.
tp..
dlm banyak2 jejaka y ada
memerang la y paling cute dan paling giant.
bhahahaha!!
ada sape2 muntah berdarah??
harap xda la.
wakakakaka!!
TAHNIAH SEKALI LAGI !


siapa memerang dihati sy?? anda pikirlah sendiri. kehkehkeh.

adakah aku yang bersalah ??

dalam hal ni adakah aku y bersalah.. klu kau nk buat sesuatu kau mesti pikir aku dulu.. sekarang.. terserah kau laa,, benda y main2 jd serious kn.. ADAKAH AKU YANG BERSALAH ??

hadapi !

kenapa kau ckp aku mcm tu ?? kau ckp aku pura2 baik ?? =((

zamani ft sharifah zarina

ce dgr lagu nie,,
huhuhu
bestt laa..
suke minit y ke 0.43
ermmm
agak2 nye bila dpt capai target 
macam dlm lagu nie ??
huh ! !

i.Allah ada jalan

hmmm.. mcm ni la dh terpikir2 bila dah tersepit diantara dua.. aku xpaham dah !! grrr!! stress pon ada!!!!! sy mintak maaf la awak klu xdpt memahami awak dan menyakiti awk.. sbb bg, sy sy hepy la mcm nie,, *sy mintak maaf klu sy dah terbagi hati sy dan perasaan sy kepada org lain* saya mintak maaf sgt.. sy harap awk pon phm la sy jugak.. ngee.. sy tahu awk pon ada komitmen lain.. tp awk kne paham la situasi kite mcm mne.. kpd si awak lg 1 jgn main tarik tali dgn sy.. jgn buat sy terpikir2!!! paham x !!!!!!!!!!!!!!

hargailah pasangan anda =))

assalamualaikum.. hye.. sbnrnye admin dh lme nk update pasal bnda ni. tp baru hari nie dpt tulis.. huhuhu.. ape y sy nk sampaikan adalah berkenaan hati dan perasaan..sbenarnye seseorang y terlalu dan teramar bz adalah tidak layak untuk memberi cinta dan kasih sygg.. sbb y pertama.. die xda mse nk beri perhatian kpd kekasihnya.. y kedua,, dia akn membuat pasangannya tertunggu2.. hmmm. sdey la kan klu jd mcm nie.. jika berlaku seperti ini ia akan menyebab pasangan mencari pengganti lain dgn erti kata lain akan curang.. pada sesiapa y bz tu tolong la beri perhatian klu xnk pasangan anda memberi cinta terhadap orang lain. komitmen tu komitmen la jugak. tp berpada2 la. ye dakk.. so korg mcm mne.. klu disuruh pilih antara dua.. pilihlah y kedua.. ngee.. admin punye prinsip "xnak suami y terlalu bz sampai mengabaikan tggjwb sbg suami hanya kerana mengejar wang semata2,,bg admin duit dan kekayaan bkn kunci kebahgiaan,,kunci kebahgiian adalah bersederhanalah dlm hidup" jms~ 





usaha dan doa

assalamualaikum.. hye pembaca sekalian.. ngee,, musim2 final nie sy tahu ramai y stress kan.. lg2 sape y paper jarak dekat2 tu.. ape y boleyh sy bantu adalah.. "usaha dan doa" jika anda berusaha dan berdoa insyaAlah akn dpt benefit. jika x mungkin Allah itu memberi y lebey baik. jadi bersangkalah baik. think positive. jika anda gagal xmungkin anda kalah. "usaha dan doa". jangan menyerah sblom titik2 terakhir hidup anda. peacee.. GOOD LUCK FINAL UNTUK SEMUA STUDENT UITM.. salam 1UITM. jms~





jangan sesekali menyerah kalah !

harga diri seorang wanita

assalamualaikum wahai pembaca sekalian.. hari ni penat sgt sbb baru balik dari batu pahat ke kluang dan akhirnya sampai ke segamat juga bagi menyiapkan video arab, apatah lagi esok ada kuiz undang2.. grr!! penat2 ku juga aku berkorban kan diri untuk menulis sedikit maklumat bagi berkongsi kpd anda semua.. tajuk die "harga diri seorang wanita" hmm. mcm dahsyat kan?? kekeke.. =)) jomm layan. 




seperti yang kita tahu.. masyarakat hari ini berani menampilkan diri dengan berpakaian y agak seksi lebih2 lagi kepada kaum hawa. ape y sy nk sampai kan kat sini adalah pendapat saya sendiri sama ada masyarakat dapat terima ataupon tidak sy tidak tahu laa. niat saya adalah ingin berkongsi pendapat. 



wanita yang berpakaian tidak menutup aurat ataupon lebih detail lagi iaitu seksi 
adalah wanita yang menganggap bahawa dirinya buruk dan tidak cantik,ini adalah kerana mereka berpakaian adalah hanya untuk menarik pandangan kaum adam terhadap keseksian mereka,
bagi saya tiada istilah "memakai seksi adalah berani"
sesungguhnya, sebaik2 ciptaan Allah itu adalah manusia sama ada lelki mahupun wanita. 
kepada kaum hawa anda adalah cantik di mata Allah jika menutup aurat.
 Biarpun pemikiran anda mengatakan anda cantik berpakaian seksi tetapi anda HINA di mata Allah S.W.T. Tidak kah anda terpikir sekali seorang muhrim melihat anda dan menaikan nafsunya dosa itu adalah tempias kepada anda. jadi.. anda pikirlah sendiri.. tepuk dada tanya selera..
 *biar muka xcantik asal menutup aurat dan mulia disisi Allah* 
*kalau xnk pakai tudung xpa janji jgn dedah kulit yang gebu dan buruk itu*
*sikit2 lama2 jadi bukit*




*hmm,, awak tu org melayu ,cantik sgt ke nk keluwakan tali bra bg tunjuk kat sume org,
cantik sgt ke kuku berkala2,cantik sgt ke pakai seluwa pendek
 kalau kaki tu pendek,jika anda seperti ini anda adalah melayu dan islam y mahu dijajah semula oleh orang2 kafir, fikir dulu sebelom buat sesuatu perkara.


p/s mintak maaf kalau ayat sy kasar, kalau ada y silap kite boleh share.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.
Blog contents © pooja hey!! 2009. Blogspot Templates by Nymphont.